Lagu 2 (Hakikat Puasa)

;

Jumaat, 4 Disember 2009

Respon Dari Ferdowzruqman

Assalaamualaikum wrb salam bertemu kembali...lama juga SNaajihiin x postingkan N3 yang baru..
dengan kesibukan program2 cuti sekolah minggu ni baru ada kesempatan nak online dlm waktu yang lama ckit...
Selamat bercuti kepada semua ahli SNaajihiin..penuhilah cuti ni dengan aktiviti2 yg berfaedah...

SNaajihiin tertarik dengan respon dari saudara Ferdawzruqman terhadap posting sejarah percussion yang dinukilkan oleh ustaz Naim Usim(boleh baca di SINI artikel tersebut)..

ditampilkan di sini respon dari ferdowzruqman

ditulis oleh : Ferdowzruman 2009 November 26 23:14 salam alaykum ustaz shamz. terima kasih atas perkongsian ilmu yg menarik ni. segala jenis nama perkusi yg saya x pnh dgr selama ni timbul dlm artikel nih:) setakat apa yg saya tahu, djembe adalah original alat perkusi daripada afrika, bukan alat perkusi fusion afro-carribean yg timbul selepas kedatangan orang2 afrika ke carribean. djembe telah digunakan beribu2 tahun di afrika sebagai alat muzik kebudayaan dan ritual keagamaan. namun dgn kedatangan islam, djembe disesuaikan untuk digunakan sebagai salah satu tool dakwah dalam nasyid bagi menarik minat mereka untuk lebih mendekati islam. udu drum pula adalah sejenis perkusi yg diperbuat drpd tanah liat yg kelihatan seperti balang air/labu sayong dan kadang2 kelihatan juga seperti pasu/vase. kalau nk tengok gambarnya dan cara penggunaannya, google saja di internet. dalam konteks pertandingan nasyid sekolah, rasanya belum ada lagi sekolah yg gunakan udu drum ni. malah, rasanya udu drum ni x boleh dimainkan dalam festival nasyid sekolah kerana x dilistkan di dalam senarai alat yg boleh dimainkan. namun bagi saya, amat menarik jika kreativiti nasyid sekolah ditingkatkan lagi dgn penggunaan alat nih. secara peribadi, saya mmg tidak bersetuju kpm merestrictkan jenis alat perkusi yg boleh dimainkan dalam festival nasyid kerana ia menghalang perkembangan kreativiti para penasyid sekaligus memberi kesan pada potensi estetika nasyid yg mampu ditonjolkan oleh kumpulan2 nasyid sekarang yg semakin improve dari tahun ke tahun. sekadar luahan pendapat dari saya sebagai perkongsian ilmu. moga2 ilmu yg ada dapat dimanfaatkan bersama. insya allah... SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Respon SNaajihiin
Dari satu aspek SNaajihiin bersetuju dengan kenyataan ferdowzruqman yang menyatakan bahawa beliau tidak setuju KPM merestrictkan jenis alat perkusi yang boleh digunakan dalam FESTIVAL NASYID KPM kerana ianya menghalang perkembangan kreativiti penasyid...
Dilihat dari aspek yang lain mungkin tujuan KPM tersebut dapat difahami bertujuan untuk memelihara keaslian irama nasyid itu sendiri sebagi contoh penggunaan cymbal sedikit sebanyak mencacatkan sedikit keaslian irama nasyid...

tapi apa yang paling penting menurut SNaajihiin buatla apa sahaja peraturan yang terpenting KPM haruslah konsisten dan segala peraturan yang baru hendaklah diwar-warkan kepada seluruh negeri sebelum pertandingan...

salam ukhuwah dari SNaajihiin buat semua...