Lagu 2 (Hakikat Puasa)

;

Rabu, 15 Mei 2013

Shoutun Naajihiin 2013

Assalammualaikum wrb
Alhamdulillah buat kali ke -5 Shoutun Naajihiin berjaya mempertahankan Johan Daerah Manjung dan Johan Negeri Perak..
Insyaallah pada tahun ini SN akan menampilkan sesuatu yang berbeza di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 21-24 june 2013 di Universiti Antarabangsa Al-Bukhori Alor Setar Kedah.
Doakan kejayaan kami.
Terima kasih buat adik SN 2013 Umar,Hadif,Azam,Faiz,Syakir,Aiman,Amirul,Luqman,Farid,Izzul&Ammar..kamu semua terbaik...
Terima kasih juga buat kak nab,kak ros,kak wawa,kak nik hasni,kak ummu,kak su,GB ummi,kak nor,&PK2 geng2 cikgu lelaki bro suzaimi,dato paduka megat,bro lan,sir zul,bro salman,bro sam,Ustaz alwalid,ustazah fauziah & semua guru2 SKSS..ini kejayaan kita bersama..
Tak lupe juga buat mamat SF dan Amirul Sofwatunnur kome berdua memang hebat begitu juga Meme,Adli&Aidil ex SN yang selalu datang membantu adik2 SN....
Jumpe lagi.....................................................................


Jumaat, 6 Julai 2012

LIRIK LAGU 2 HAKIKAT PUASA


HAKIKAT PUASA

RAMADAN RAMADAN AL – KARIM

DI DUNIA TERBENTANG JALAN
KEPADA MEREKA YANG BERTUJUAN
MENGHALA KE JALAN TUHAN

BULAN MULIA BULAN RAMADAN
BERPUASA JADI AMALAN
RUKUN ISLAM KITA TUNAIKAN

PUASA ITU SATU KEWAJIPAN
KEMESTIAN MENGIMANI INSAN
SEMPURNA SYARATNYA WAJIB TUNAIKAN
KETAQWAAN JADI PEDOMAN

RAMADAN RAMADAN AL KARIM
ALLAH ALLAHU AKRAM

MENAHAN DIRI DARI LAPAR DAN DAHAGA
JUA PERKARA YANG MEMBATALKANNYA
BERMULA DARI TERBIT FAJAR HINGGA TERBENAM SURIA
BERNIAT DI MALAMNYA..ITULAH RUKUNNYA

ISLAM,BALIGH,BERAKAL SEMPURNA,MAMPU MELAKSANA
WAJIB KITA...LAKSANAKANNYA

RAMADAN AL-MUBARAK BULAN KEAMPUNAN
RAMADAN AL-MUBARAK BULAN KERAHMATAN
MENANAM RASA EHSAN DAN KESYUKURAN
TINGKAT KEIMANAN DAN KETAQWAAN

BERPUASA MENGAJAR ERTI KESABARAN
BERPUASA MENDIDIK ERTI KEIKHLASAN
BERPUASA MENGUNGKAP ERTI KESYUKURAN
BERPUASA INSAFI RASA KEHAMBAAN

LAILATUL QADAR YANG DIDAMBAKAN
KEPADA INSAN PILIHAN TUHAN
BULAN RAMADAN BULAN KEAMPUNAN
DISINARI CAHAYA KERAHMATAN

PERKASAKAN KEBAJIKAN DI BULAN MULIA
KEBAIKAN GANDAAN PAHALA INILAH HAKIKAT BERPUASA



 

Festival Nasyid Kebangsaan KPM 2012


Team Shoutun Naajihiin 2012 di PCB Resort Kota Bharu Kelantan 25 - 28 June 2012

Salam Ukhuwah.........
Alhamdulillah berakhir juga festival nasyid sekolah2 kpm peringkat kebangsaan yang mana pada 28 june 2012 secara rasmi keputusan kategori rendah dan menengah diumumkan:

Keputusan Penuh :-
Johan : AzZahra' (Perlis) - 77%
Naib Johan : Izzul Islam (Johor) - 73.7%
Ketiga : An-Nur (Kedah) - 73.3%

Lirik Lagu 1 (Tema) Terbaik : AzZahra' (Perlis)
Lirik Lagu 2 Terbaik : Izzul Islam (Johor)
Lagu 1 Terbaik : AzZahra' (Perlis)
Solo Terbaik : Izzul Islam (Johor)

Tahniah wat anak2 didik kami yang disayangi : adli, adam, ammar, aidil, aiman, meme, pa'an, azam, umar & hadif walaupun mendapat tempat kelima tapi atas persembahan kamu semua yang sungguh hebat..kamulah johan di hati kami semua....

Banyak yang kita pelajari di festival nasyid kebangsaan kali ini..insyaallah kita akan bangkit di tahun 2013 nanti......

syukran tuk rakan2 seperjuangan kak nab,kak ros,kak wawa,kak ummu adik mamat, 211minds kak as,pihak pentadbir skssmr, warga skssmr,ibu-bapa,ppd manjung :ustaz salleh,ustaz amini& ustaz razali,JPN Perak: ustaz fadhli,ustaz mat ya dan sume yg terlibat secara langsung ataupun tidak........

tuk anak2 shoutun naajihiin terutama yang tahun 6: adli,ammar,aiman,adam,aidil,paan dan meme belajar rajin2 dan tumpukan kepada UPSR yang x lama lagi...
tuk hadif,umar&azam nanti kita start trainning balik......

akhir kata salam ukhuwah & jumpa lagi Insyaallah................

Isnin, 25 Jun 2012

Doakan Kami


Assalammualaikum wrb.
Alhamdulillah setelah melakukan persediaan yang rapi bermula dari bulan januari 2012 akhirnya impian S.Naajihiin untuk sekali lagi beraksi di Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan terkabul.( Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan kali ke 8 bertempat di Auditorium Kompleks Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan,25-28 jun 2012)

Jerih payah, kesungguhan  dan kesabaran adik2 S.Naajihiin bermula dari awal januari hinggalah ke latihan pusat 15 -17 jun di SMKA Azlan Shah Bota kemudian bersambung latihan pagi-petang di sekolah hingga 22. jun 2012 ustaz ucapkan  syabas dan tahniah kepada Adli,Ammar,Pa'an,Meme, Aiman,Aidil,Adam,Umar,Azam & Hadif.

Insyaallah selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru2 SKSS,Pentadbir,Kak Nab,Kak Ros,Kak Hanizah,Kak Ummu,Ibu -bapa, staf2 & semuanya-Doakan Kami!!!

Khusus untuk 211minds (ustaz wan) & isteri Kak As-Terima kasih tuk segalanya. Insy kami cuba bawakan dengan baik lagu Hakikat puasa hasil nukilan 211minds. Begitu juga tuk adik Mamat ex Soutul Faaizin-thanks a lot bro...Doakan Kami!!!

Tak lupe juga buat jurulatih latihan pusat Cikgu Roffi,Ustaz Zul,Ustaz Zahidan,Ustaz Fadzli & lain2..Doakan kami!!!

Akhir kalam - Doakan kejayaan kami!!!
Ustaz Zahidan sedang melatih adik adli Qasidah

Adik2 Sofwatunnur&Adik2 S.Naajihiin sedang dengar taklimat

Ustaz Zul,Cikgu Roffi & Ustaz Nasir

Tiga Hari latihan hari last latihan makan
 

 

Rabu, 13 Jun 2012

Pertandingan Nasyid Zakat MAIAM Negeri Perak Peringkat Daerah Manjung 2012


Adik2 Shoutun Naajihiin sedang membuat warm up suara sebelum pertandingan (giliran pertama)  

assalammualaikum wrb
Alhamdulillah adik2 shoutun naajihiin dapat menampilkan persembahan yang terbaik tuk muncul sebagai Johan pertandingan nasyid MAIAM Perak peringkat Daerah Manjung yang berlangsung pada 12.06.2012 bertempat di SMK Ahmad Boestamam ....

walaupun hanya dapat berlatih sehari sebelum pertandingan tapi berkat kesabaran dan kesungguhan..akhirnya membuahkan hasil.....Tahniah diucapkan....
 Adik2 shoutun naajihiin bersama ustazah Zainab (jurulatih)

menunggu keputusan pertandingan

keputusan pertandingan:

Kategori Sekolah rendah
Johan       : Shoutun Naajihiin (SK Seri Sitiawan)
Naib Johan : Sk TLDM 1
Ketiga      : Sk Seri Manjung

Kategori Sekolah Menengah
Johan        :Soutul Syabab (SMK Ahmad Boestamam)
Naib JOhan : Jawahir (Maahad Batu 10 Lekir)
Ketiga Soutun nasihin (SMK TLDM)

Isnin, 11 Jun 2012

Penyerahan Rasmi Piala Ke SKSS

Adik2 Shoutun Naajihiin bersama Guru Besar Pn Hjh Hamidah bt Isa & Guru2 Pembimbing Ustazah Zainab, Cikgu Ros & Ustaz Shamz bersama Piala 2 yg diterima di peringkat Daerah Manjung & Negeri Perak
Salam

Hari ni sewaktu perhimpunan telah diadakan penyampaian hadiah dan sijil kepada adik2 shoutun naajihiin sbg Johan Daerah Manjung 2012 & Johan Negeri Perak 2012.

Dalam Majlis itu juga Puan Hjh Hamidah secara rasminya telah menerima Piala Pusingan Johan Nasyid Sekolah Rendah Peringkat negeri Perak. Piala tersebut telah menjadi hak milik kekal Skss disebabkan Shoutun Naajihiin telah menjadi Johan Negeri Perak tuk 3 tahun berturut-turut (2008,2009&2011).

Diharapkan agar Shoutun Naajihiin dapat mengekalkan prestasi tuk masa mendatang.

Khamis, 7 Jun 2012

2 Hari Bersama 211minds (Latihan lagu kontem baru)

Hj 211minds sedang membetulkan teknik vokal adik2 shoutun naajihiin (teknik baring)
Assalammualaikum wrb
Shoutun Naajihiin merasa begitu bertuah saban tahun mendapat tunjuk ajar dan berlatih bersama 211minds & Soutul Faaizin. Lebih istimewa tahun ini lagu kontem yang akan dibawa oleh Shoutun Naajihiin ke Festival Nasyid Peringkat kebangsaan 2012 mendapat sentuhan 211minds.(best lagunyer)
 
211minds & isteri Kak As  turun ke SK Seri Sitiawan selama 2 hari 6 - 7 hb june tuk membimbing adik2 shoutun naajihiin tuk bekal persediaan ke kebangsaan tahun ini. Lebih menggembirakan lagi adik mamat ex soutul faaizin turut membantu begitu juga dengan adik mursyid.

Abg Mamat ex soutul faaizin sedang memberi tunjuk ajar kepada adik meme
Shoutun Naajihiin mengucapkan syukran yg tak terhingga kepada 211minds & Kak As walaupun penat (dari percutian di N9) terus datang ke Manjung. Begitu juga kat mamat,mursyid & Izmul(insy ri isnin ni dtg) ex soutul faizin. Insyaallah kami akan melakukan yang terbaik tahun ini.

Adik2 shoutun naajihiin sedang berlatih lagu baru kontem hasil sentuhan 211minds

Selasa, 5 Jun 2012

Percussion Baru Shoutun Naajihiin 2012

djembe &cajon
salam..rini ri kedua trainning lagu baru...habis trainning terus g sitiawan muzik centre dok cari percussion baru...meme,ammar,aidil ngan pa'an follow...percussion dah baru so ustz harap kome berlatih sungguh2 yer..
syukran kat gb coz bagi kebenaran beli peralatan tiap2 tahun tuk group shoutun naajihiin...

Isnin, 4 Jun 2012

21 hari sebelum ke Kelantan

Shoutun Naajihiin 2012.Dari kiri: Meme, Aidil, Pa'an, Amar, Azam & Hadif
Salam..
Ni hari pertama latihan (persiapan ke Festival Nasyid Peringkat kebangsaan 25-28/6 (kelantan). empat orang tak dapat datang. Aiman,Adli & Umar (balik kampung). Adam (wakili Perak) ke Kejohanan Bola sepak peringkat kebangsaan (kuala lumpur).