Lagu 2 (Hakikat Puasa)

;

Selasa, 24 November 2009

Persembahan sempena Forum Perdana di Ipoh

Assalamualaikum wrb

Pada 20.11.2009 iaitu pada hari jumaat kumpulan shoutun naajihiin telah diundang untuk mengadakan persembahan di Masjid al-Muttaqin Taman Meru Ipoh.
Persembahan tersebut bersempena dengan Rakaman Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang akan ditayangkan di RTM1 pada bulan 12.2009 dan jan 2010.

Sewaktu persembahan tersebut Shoutun Naajihiin telah membawakan lagu akidah yang murni. walaupun dengan ketiadaan 2 anggota pada malam tersebut Shoutun Naajihiin telah berjaya menampilkan persembahan yang mantap. Adik Luqman ex SNaajihiin 2008 telah dipanggil untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh adik firzan.video persembahan tersebut boleh dilihat di SINI atau boleh tengok video kat atas.
gambar2 ketika di Ipoh


bersama ustaz muhammad & ustaz zulkhair




ni dalam van nakgi jalan2 cari makan lepas persembahan

bru lepas pekena charkeutiaw di dataran ipoh


sedap oiii


selepas persembahan fuh lega

pekena roti canai di Manjoi sebelum gerak balik ke Manjung

ustaz shamz & ustaz zul muka tak cukup tido

yang baju biru pakai songkok tu la adik luqman cute kan

zarif bengang roti bawang dia xsampai sampai

SNaajihiin & UPSR


Assalammualaikum dan selamat bertemu kembali..

1stly SNaajihiin mengucapkan tahniah kepada 3 orang anggota shoutun naajihiin yang telah berjaya di dalam peperiksaan UPSR yang lalu. Alhamdulillah ketiga-tiganya berjaya lulus dengan baik terutamanya solo SNaajihiin 2008/2009 adik nizam didoakan moga dapat masuk ke SMKA Azlan, pada tahun hadapan.
Nampaknya hilanglah lagi tiga butir permata SNaajihiin..satu majlis perpisahan dengan ketiga-tiga anggota SNaajihiin iaitu adik nizam,azizzul dan shahmi akan diadakan nanti.
salam dari ustaz shamz

Isnin, 16 November 2009

Sejarah Percussion -Oleh Ustaz Naim USIM

ditulis oleh:Ustaz Naim USIM
Assalamualaikum Ustaz Shamz...chat?........Syukran ye doakan kejayaan saya untuk peperiksaan......saya pun doakan kejayaan dan kebahagiaan ustaz dunia dan akhirat...begitu juga saya doakan kejayaan ustaz dan Shoutun Naajihiin dalam memartabatkan seni nasyid....saya kat cni nak email kat ustaz pasal percussion pulak......Diharap dengan perkongsian ini, dapatlah kita sama-sama meluaskan ilmu tentang selok-belok alat perkusi ini, dan dapatlah jugak kita berkongsi ilmu ini dengan orang lain...Ape yang saya paparkan ini mungkin tidaklah secara mendalam, tetapi diharap dapatlah diambil manfaat daripadanya...Saya minta maaf kalo terdapat kekurangan dalam penyampaian saya kali ini ye ustaz...ok, selamat membaca........


LATAR BELAKANG PERKUSI

Muzik adalah sumber inspirasi dan ketenangan jiwa bagi setiap insan. Walaubagaimanapun, harus diingatkan, ini hanyalah sebahagian daripada hiburan duniawi. Hiburan yang paling hakiki adalah dengan mengingati tuhan dan menghayati ciptaan-Nya. Kita telah diberikan pilihan untuk memilih corak hiburan yang sesuai dengan jiwa dan sanubari kita, tapi ia perlu mengikut landasan yang ditetapkan syariah agama terhadap kita.




Sejarah Perkusi Dalam Islam.
Perkusi selalunya dimainkan semasa majlis perkahwinan. Ia digunakan untuk mengiringi nyanyian puisi, marhaban dan sebagainya. Sewaktu nabi Muhammad saw tiba di Madinah, baginda telah disambut dengan meriahnya oleh umat Islam dengan alunan nasyid dan selawat ke atas baginda. Mereka bukan sahaja bernasyid malahan diiringi oleh alunan kompang yang dimainkan oleh kaum Ansar. Semasa peperangan, perkusi juga digunakan oleh umat Islam untuk menaikkan semangat mereka. Gendang-gendang ini dimainkan oleh kaum wanita. Ini memperlihatkan bahawa gendang atau perkusi mempunyai perkaitan yang rapat dengan jiwa dan pergerakan fizikal kita. Semuanya bergantung bagaimana cara dan tujuan kita menggunakannya.



Dua jenis kategori alat perkusi:-

§ MEMBRANOPHONES
Alat perkusi yang mengeluarkan kualiti bunyi akibat ketukan seperti GENDANG dan sebagainya.

§ IDIOPHONES
Bunyi yang dihasilkan oleh mereka sendiri seperti TRIANGLE.

Kategori lain :

§ Tuned Percussion
§ Untuned percussion
§ Auxiliary percussion
§ Latin percussion
§ Ethnic percussion
§ Drum kit
§ DLL

Senarai jenis alat perkusi

§ Tuned Percussion

Ö Piano
Ö Organ
Ö Xylophone
Ö Marimba
Ö Vibraphone
Ö Orchestra bell (a.k.a. glockenspiel or bell lyre)
Ö Crotales
Ö Metallophone
Ö Xylorimba
Ö Timpani
Ö Rototoms
Ö Antique cymbals
Ö Celesta
Ö Handbells
Ö Clavinet
Ö Dulcimer


§ Untuned percussion

Ö Bass drum
Ö Gong
Ö Chime tree (a.k.a mark tree)
Ö Bell tree
Ö Snare drum
Ö Tam-tam
Ö Tenor drum
Ö Tom-toms
Ö Kick drum
Ö Hi-hat
Ö Crash cymbals
Ö Sizzle cyambal
Ö Splash cymbal
Ö China cymbal
Ö Suspended cymbal
Ö Taiko drum


§ Auxiliary percussion

Ö Finger cymbals
Ö Flex-a-tone
Ö Glass harp
Ö Ratchet
Ö Rattle
Ö Sand blocks
Ö Whip (a.k.a woodcrack or slapstick)
Ö Sleigh bells
Ö Tambourine
Ö Temple block
Ö Triangle
Ö Turntanble
Ö Vibraslap
Ö Wood block
Ö Doyra
Ö Mendoza (a.k.a. monkey stick)
Ö Anvil



§ Latin / afro-carribean percussion

Ö Atabaque
Ö Agogo bell
Ö Bata
Ö Bonga drums
Ö Brake drum
Ö Cabasa
Ö Castanets
Ö Cajon (box drums)
Ö Claves
Ö Conga
Ö Cowbell
Ö Cuica
Ö Djemble
Ö Guira
Ö Jawbone
Ö Maracas
Ö Scraper
Ö Tambora
Ö Timbales

§ Southeast Asian Percussion

Ö Kompang marwas
Ö Rebana
Ö Gendang jawa
Ö Gendang sundal
Ö Geduk
Ö Beduk
Ö Rebana ubi
Ö Gendang dol
Ö Gendang sarunai

§ Arabian / Indian Percussion

Ö Marwas
Ö Udu drum
Ö Tabla
Ö Doubek, darbuka, yankie, douf



Perkusi dari sudut pandangan Islam:-

þ Khilafiah – dalam penggunaan alat-alat perkusi sebagai wadah hiburan.
þ Penggunaannya sebagai ejen dakwah dalam islam. (sorotan cara pendakwahan ulama pada masa silam )

Alat-alat perkusi yang selalu digunakan okeh kumpulan nasyid atau di dalam lagu-lagu nasyid

A. Conga
B. Bonga
C. Djemble
D. Dumbek/yankee/darbuka/rabuka/lead
E. Tambourines
F. Shaker
G. Udu drum
H. Chimes
I. Kompang
J. Rebana



ASAS-ASAS BERMAIN ALAT-ALAT PERKUSI

§ Open tone
- gunakan seluruh kawasan jari
- pastikan semua jari rapat di antara satu sama lain
- pukul bahagian B dan tarik serta merta

§ Closed-Open Tone

- gunakan seluruh kawasan jari
- pastikan semua jari rapat di antara satu sama lain
- pukul bahagian B secara melekap

§ Bass Tone

- gunakan tapak tangan
- pukul bahagian A dan tarik serta merta

§ Closed-bass Tone

- gunakan tapak tangan
- pukul bahagian A secara melekap

§ Hill Tone

- gunakan “ hill”
- pukul diantara bahagian A dan B

§ Finger Tone

- gunakan hujung jari
- pukul bahagian A

§ Slap Tone

- bentuk tangan seperti hendak menceduk air.
- Pukul diantara bahagian A dan B
- Dan angkat ia serta merta

§ Closed Slap Tone

- bentukkan tangan seperti hendak menceduk air
- pukul di antara bahagian A dan B secara melekap





* Secara mudahnya, bahagian A adalah bahagian tengah alat perkusi yang diketuk, seperti contoh bahagian tengah congga, dan bahagian B pula adalah bahagian tepi alat perkusi yg diketuk, seperti contoh bahagian tepi yankee....selalunya bahagian A amat popular untuk bunyi Bass dan bahagian B lebih sinonim untuk Open Tone....

RENTAK-RENTAK / PATTERN ASAS

A. Calypso
B. Afuche
C. Tumbao
D. Inang
E. Guaguanco
F. Afro 6/8
G. Masri
H. Mozambique
I. Samba
J. Joget



Andai terdapat sebarang kesalahan, harap dapatlah diperbetulkan, andai terdapat sebarang kekurangan, harap dapatlah ditambah, demi kebaikan bersama...Harapan saya agar ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama ke arah mempertingkatkan lagi kemahiran dalam memainkan alat-alat perkusi...Sekarang ini, rentak perkusi juga boleh mempengaruhi markah pasukan untuk Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM..



Sekian dahulu coretan ikhlas daripada saya, Naim USIM,....

Khamis, 12 November 2009

Ilmu Suara - Oleh Ustaz Naim USIM

Assalammualaikum dan salam bertemu kembali....syukran kathiran daripada SNaajihiin kepada Ustaz Naim Usim coz sudi berkongsi ilmu bersama.....kali ini beliau kan membawa kita memahami secara mendalam tentang ilmu suara..selamat menikmati.....

Dikirim oleh: Ustaz Naim USIM
email:naim_boyz1990@yahoo.com
http://azrinaim.blogspot.com/

Assalamualaikum ustaz, harap senantiasa ceria ye......pertamanya terima kasih sebab sudi posting mail saya pasal Aliran Masri@Misri dan Hijazi dalam blog Shoutun Naajihiin...Saya tak kisah pun ustaz post email saya tu..........Baiklah,

Email saya kali ini akan menfokuskan aspek seni suara...Apa yg saya tonjolkan dalam penulisan kali ini lebih kepada asas2 pengenalan berkenaan ilmu2 seni suara....Penulisan saya ini juga merujuk buku Qawa'id Al Tarannum, hasil nukilan Tn. Haji NIk Jaafar, salah seorang Qari Malaysia yang masyhur...Walaupun penceritaannya berkisar tentang bidang suara dalam aliran Tarannum Al-Quran, tetapi ia juga sesuai diguna pakai sebagai rujukan untuk aliran Nasyid, kerana aspek suara adalah salah satu daripada aspek utama yang perlu dititikberatkan dalam melagukan irama nasyid...aspek suara juga menjadi fokus utama penghakiman dalam Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM peringkat Kebangsaan setiap tahun....betul kan ustaz?... ...Jadi, saya minta maaf andai ada kekurangan dalam persembahan saya kali ini....Saya harap ilmu yg diperoleh ini dapat digarap dengan baik dalam usaha mencari kualiti suara yg terbaik...Melalui penulisan ini, sedikit sebanyak ustaz juga selepas ini dapat mengenalpasti sifat2 suara yg ada dalam anggota Shoutun Naajihiin..kalau ada kekurangan boleh dibuat penambahbaikan...ustaz kan nak cari calon solo..so, ilmu suara ni kena ada la, seterusnya dapat la cari solo yg terbaik untuk SN nanti......begitu jugak dgn suara back up...kena gak tengok mcm mana tahap suara diorang kan...input ini jugak penting untuk mengetahui kaedah2 mempelbagaikan suara terutama ketika membaca QASIDAH, yg sekarang ini menjadi bonus untuk lagu pertama di Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM...insyaALLAH kalau ada input tambahan saya akan emailkan nanti ye...

Umum mengetahui, ilmu Aswat (ilmu suara) adalah pasangan kembar yang tidak dapat dipisahkan dengan Tarannum kerana Tarannum itu sebenarnya berdiri di atas suara yang diperindahkan...Begitu juga Nasyid, keharmonian serta kesempurnaan sesebuah irama nasyid itu banyak dipengaruhi oleh suara...Apabila suara berada dalam keadaan baik, maka cantiklah nasyid itu dipersembahkan atau dilagukan..Walaupun penceritaan di bawah ini berkisar tentang seni suara untuk aliran Tarannum Al-Quran, namun ia juga sebenarnya amat sesuai dan boleh diguna pakai untuk memantapkan ilmu seni suara untuk aliran Nasyid...Dalam Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM, bidang suara tidak akan terlepas untuk diberi perhatian dalam penghakiman...

Berikut serba sedikit ilmu berkenaan dengan seni suara...sama-sama kita ambil manfaat daripadanya....

Alat Proses Suara


1 Peparu sebagai alat organ pernafsan yang menyedut dan menghembus udara melalui:

i. Alat salur suara (halkum)
ii. Corong bawah(mulut)
iii. Corong atas (hidung)

2. Melalui saluran ini ianya boleh melahirkan berbagai jenis bunyi, untuk dinikmati dan dimanfaatkan oleh kita.


Pengenalan Suara


Suara adalah satu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari peperu menerusi alat
salur kerongga-kerongga mulut atau hidung.Kemudian akan ditentukan bunyinya oleh alat-alat pertuturan yang lain.


Kepentingan Suara

Suara merupakan salah satu daripada nikmat kurniaan Allah kepada manusia.Yang mana tidak kurang pentingnya di dalam arena hidup seseorang ianya berfungsi sebagai alat perhubungan, penyebaran dan penyampaian rasa hati.Samada suka duka, perintah tegah kasih benci, memohon merayu, beribadat bermunajat dan sebagainya.


Suara Boleh Di proses Dan Di pelajari


Suara manusia adalah paling teristimewa kerana ianya boleh di proses.Boleh di pelajari, dilatih dan di sesuaikan mengikut kehendak yang tertentu ,seperti memberi persesuaian dengan berbagai jenis suara haiwan.Berbagai bunyi alat muzik , gaya pertuturan (bahasa) manusia dan sebagainya.

Untuk mendapat keistimewaan tersebut perlulah di proses dan di pelajari dengan cara yang tertentu.


Seni Suara untuk Al-Quran


Tiap-tiap suatu ciptaan Allah memang mempunyai seninya yang semulajadi. Demikian juga suara manusia.Setelah di kaji maka ianya adalah bagaimana berikut :-


Pertama:Seni asli

Iaitu seni ciptaan Allah yang semulajadi. Ianya tidak dapat di pertikaikan oleh sesiapapun.


Kedua:Seni sinaie

Iaitu seni kreatif manusia untuk membina seni ciptaan semulajadi tersebut. Perbuatan begini adalah termasuk di bawah falsafah ‘Mensyukuri Nikmat Allah’.

Oleh yang demikian amat sesuai sekali jika ianya di pergunakan untuk bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Kerana itu adalah di galakkan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadis.

Penilaian Kesenian Sebenar

Sebenarnya kehidupan ini diciptakan oleh Allah dengan penuh kesenian. Hanya manusia
mempunyai penilaian dan persepsi yang berbeza mengikut pengalaman, pengajian dan penggetahuan yang berbeza. Dari perspektif Islam kesenian yang paling agung adalah Al_quran itu sendiri yang sudah pastinya penuh dengan pelbagai seni sesuai dengan taraf
Ianya sebagai mukjizat daripada Allah swt. Dari sudut suara pula tentunya suara yang berseni dan berkualiti tinggi adalah selayaknya untuk membaca ayat-ayat suci AlQuran. Ini bergantung kepada kemampuan seseorang individu itu, namun usaha yang bersungguh –sungguh amat perlu dipertingkatkan.



* Begitu juga nasyid, kesenian suara amat penting...tanpa kesenian suara, maka nasyid yang dilagukan akan nampak cacat dan seterusnya boleh merosakkan identiti nasyid itu sendiri..


Mengenal sifat-sifat suara


Sifat suara terbahagi kepada empat katogeri:-


Pertama:Terbaik

Ianya mempunyai sebelas sifat



1) Ketepatan nada

2) Tinggi

3) Rendah

4) Garau

5) Lembut

6) Manis

7) Licin

8) Bersih

9) Terang

10) Lantang

11) Tajam


Kedua:Baik

Ianya mempunyai sepuluh sifat

1) Ketepatan Nada

2) Sederhana

3) Rendah

4) Garau

5) Lembut

6) Manis

7) Licin

8) Bersih

9) Terang

10) Lantang


Ketiga:Kurang baik


Ianya mempunyai sembilan sifat



1) Ketepatan Nada

2) Tinggi

3) Kecil

4) Lembut

5) Manis

6) Licin

7) Bersih

8) Terang

9) Tajam


Keempat:Tidak baik
Ianya mempunyai sifat-sifat yang berikut :-


1) Sumbang

2) Nipis

3) Lembap

4) Lemah

5) Keras

6) Serak

7) Pecah

8) Parau

9) Terketar-ketar

10) Tenggelam

11) Tersepit

12) Terputus

13) Tercekik

14) dan yang seumpama dengannya....

Suara dalam kategori yang pertama, kedua dan ketiga adalah istimewa dan senang di pelajari.Manakala suara dalam kategori yang keempat adalah suara yang bermasalah yang perlu di perbaiki dan di ubahsuai dalam jangka masa yang panjang.



* Nasyid itu seni, jadi aspek suara tidak bolehlah hanya dipandang enteng, kerana ia boleh merosakkan seni yang ada pada nasyid itu sendiri...


Johan Qari Peringkat Antarabangsa 1999, Hj Che Yahya Daud mendedahkan rahsia tambahan kearaban suara dalam Tarannum seperti yang diamalkan oleh Qari-qari Mesir yang muktabar adalah seperti berikut:-

1. Suara turun menjunam

2. Suara naik mencanak

3. Suara turun dan buka

4. Suara goncang

5. Suara goyang

6. Suara semacam seruling (flute)

7. Suara gantung (separuh ihtilal al-lahn, bermakna ada sedikit kecondongan suara)

8. Suara meletup-letup

* Kepelbagaian teknik suara ini juga sebenarnya boleh diguna pakai mengikut kesesuaian untuk mengindahkan QASIDAH dalam nasyid yang dibawa terutama bagi lagu pertama untuk Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM....



Teknik mentahsinkan al-quran


Tahsin as-saut adalah hasilan dari prosesan bunyi oleh alat-alat pengendalian suara dengan rapi dan cermat.

(1)Teknik penekanan pernafasan, untuk lembut atau keras.
(2)Teknik pengendalian pipit suara, untuk nyaring atau perlahan
(3)Teknik penyaluran bunyi, untuk kemanisan dan kelicinan.
(4)Teknik pengawalan nafas, untuk memanjang atau memendek nafas.
Dan sebagainya


Mengenal thobakot (tingkatan) suara


Terdapat empat thobakot dalam bidang taranum al-quran iaitu:-
1.Thobakot pertama (qoror) ianya berfungsi di dada
2.Thobakot kedua (nawa) ianya berfungsi pada tekak
3.Thobakot ketiga (jawab) ianya berfungsi pada rongga hidung
4.Thobakot keempat (jawab-buljawab) ianya berfungsi pada rongga otak




Peranan suara dalam bidang bacaan al-Quran


Di antara peranan suara dalam bidang bacaan al-quran adalah bagaimana berikut :-
(1)Memberi penyesuaian dengan kehendak lughah al-quran
(2)Memberi penyesuaian dengan bentuk dan ragam ayat-ayat al-Quran
(3)Memberi penyesuaian dengan irama taranum bil quran
(4)Memberi penyesuaian dengan lahjah arab


Mengenal burdah (bunga-bunga) suara:


Suara yang terhias dengan burdah adalah lebih menarik. Pada umumnya burdah itu
terbahagi kepada dua :-


Pertama:Burdah asli
Iaitu suara yang hidup, mempunyai getaran dan gerenek-gerenek yang semulajadi.

Kedua:Burdah sinaie
Iaitu bunga –bunga suara yang sengaja digubah dan disusun rapi mengikut kehendak
jenis tarannum yang dipersembahkan.


*Keunikan burdah-burdah ini juga sesuai untuk diadaptasikan dalam lagu berentak Hijazi atau Masri@Misri bagi Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM...tambahan pula di peringkat Kebangsaan, mana-mana pasukan yg dapat menampilkan keistimewaan dalam menggayakan burdah-burdah, tak kira dalam lagu atau Qasidah, pasukan itu selalunya akan dapat menarik perhatian juri terutamanya untuk memberikan markah bonus yg sememangnya menjadi idaman setiap pasukan bertanding, kerana semua sedia maklum, persaingan di peringkat Kebangsaan menjanjikan satu persaingan yg sengit, dan sudah tentu para juri akan mencari mana-mana pasukan yg berjaya melakukan keistimewaan untuk diletakkan sebagai juara dalam Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM peringkat Kebangsaan..


Menjaga kualiti suara

Nikmat suara yang di kurniakan Allah wajib di jaga.Antara langkahnya ialah :-

Pertama:Menjaga kesihatan fizikal (badan)

(1)Dengan memakan makanan yang seimbang.

(2)Dengan bersukan atau bersenam yang ringan demi untuk menguatkan otot-otot

dan urat saraf.semoga tenaga bersuara bertambah selesa.

Kedua:Menjaga kesihatan suara.

(1)Jauhilah dari makan atau minum bahan yang bersifat panas atau pedas
(2)Jauhilah dari makan makanan yang kelat, yang bergetah atau yang berminyak.
(3)Jauhilah dari makan makanan yang boleh membawa kesan berubahnya suhu
badan seseorang.
(4)Seelok-eloknya jauhilah diri dari merokok.
Ketiga:Banyakkanlah makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berzat.
Keempat:Banyakkanlah minum air sejuk tanpa ais sehingga melebihi lima liter sehari.


Sekian dahulu nukilan ikhlas daripada saya, Naim USIM....

Ma'assalaamah...

Rabu, 11 November 2009

Nukilan dari Ustaz Naim USIM-Part 2


Assalammualaikum dan selamat bertemu kembali kepada semua pembaca2 blog Shoutun Naajihiin..pada kali ini SNaajihiin akan menyiarkan satu lagi nukilan dari ustaz Naim USIM semoga ilmu yang diberikan beliau dapat dikongsi bersama dan pahalanya akan dilipatkali gandakan oleh Allah SWT.Terima kasih dari SNaajihiin untuk ustaz Naim....selamat menikmati...

Assalamualaikum ustaz, ape kabo?...disini saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaan ilmu Tarannum ini...kat cni ustaz boleh la bezakan antara rentak Masri dan jugak Hijazi...dalam peraturan Festival Nasyid Kebangsaan ada cakap pasal irama Masri @ Misri dan Hijazi...saya pun masih lagi mengkaji dan sedang mendalami Aliran Hijazi dan Misri...hayatilah coretan saya..

Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu.

ما أذن ال لشىء ما أذن لنب حسن الترن بالقرأن, رواه البخارى

“Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada
nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”


Sejarah Tarannum

Rasulullah SAW menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari RA dan ramai lagi. Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah b Qis di Kufah (62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini.Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran, maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu RasuluLlah SAW itu.Ketika zaman-zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran. Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya:
- Misri (Mesir)
-Hijazi (Mekah dan Madinah)
-Iraqi
- Kurdi (sempadan Iraq dan Turki)
-‘Ajami ( Iran ) dan lain-lain

Hukum Umum Bertarannum

Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta pandangan alim-ulama, bolehlah kita fahami bahawa hukum bertarannum adalah seperti berikut;

Fardhu (kifayah) – jika hanya dengan berlagu sahajalah masyarakat ingin mendekati Al-Quran.
Sunat – jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.
Harus – untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.



Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:



Tarannum bit Tahqiq – Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qari-qari mesir muktabar seperti Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan lain-lain. Kategori ini digunapakai di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Tarannum bit Tadwir – Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makkah Al- Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah seperti Fadhilatud Duktur Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais dan lain-lain.



Asas Tarannum Aliran Hijazi


Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an. Lagu-lagu asas mereka boleh diketahui dengan kata-kata “Bihumurin jasad”.
-Banjakah
-Husaini
-Mayyah
-Rakbi
-Jiharkah
-Sikah
-Dukah

Asas Tarannum Aliran Misri


Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah yang popular. Tarannum asas aliran Misri ialah:
- Al-Bayyati
- Soba
- Hijaz
-Nahawand
- Rast
-Sikah
-Jiharkah


Terdapat tarannum-tarannum yang bersamaan nama di dalam aliran Hijazi dan aliran Misri, malah terdapat juga tarannum Misri yang diberi nama Hijaz. Ini menunjukkan keterbukaan dan keilmuan qari-qari Mesir dalam mengambil, mengubahsuai dan memperbaharui kearah mencantikkan lagi tarannum-tarannum sesuai dengan suasana, peredaran zaman dan citarasa terkini, tetapi tidaklah sampai menghilangkan identiti asal dan yang paling utama, keutuhan tarannum bil Quran yang berlahjah arab.


Perbandingan Aliran Hijazi & Masri@Misri:-


Aliran Hijazi:-


* Padang Pasir
* Bukit Bukau
* Suhu Tinggi

Jadi, irama dan rentaknya lincah dan nada suaranya tinggi kehangatan...


Aliran Misri@Masri:-

* Lembah Nil
* Subur Menghijau
* Suhu Sederhana

Jadi, irama dan rentaknya lembut dan suaranya sederhana kemanisan...


Sekadar berkongsi input yg ada...berdasarkan apa yg saya paparkan ini, diharapkan ustaz akan lebih memahami kaedah atau unsur2 lagu Masri ataupun Hijazi, mcm mana stail lagu serta asal usul aliran Hijazi dan Masri, seperti yg dituntut untk lagu pertama dalam peraturan Fetival Nasyid Kebangsaan (Sekolah)...

ikhlas daripada Naim USIM...
email:naim_boyz1990@yahoo.com

http://azrinaim.blogspot.com/

Isnin, 9 November 2009

Hilangnya Sebutir Permata an Naajihiin

adik amirul firdaus

"Kita bertemu kerana Allah, Berpisah jua kerana Allah, Mengharapkan keredoan darinya, di dunia dan di akhirat, Dalam pertemuan termaktub perpisahan, haruslah kita menerimanya, tabahkan hati kuatkan iman, janganlah berduka cita........"
Assalammualaikum wrb...

Minggu ini adalah minggu yang paling tidak menggembirakan khususnya buat semua anggota Shoutun Naajihiin dan seluruh warga SKSSMR amnya. pada 7 november 2009 salah seorang anggota shoutun naajihiin adik Amirul Firdaus b Bokhri telah berpindah ke negeri Johor Darul Takzim..

Adik Amirul merupakan pemain congga untuk team shoutun naajihiin pada tahun ini dan telah berjuang bersama-sama SN sejak 2007 ketika di darjah 3 lagi. Beliau telah dipersiapkan untuk menjadi solo pada tahun 2010 tapi perancangan Allah SWT siapa yang tahu. kita hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik dan Allah adalah sebaik perancang.

Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan adik Amirul Shoutun Naajihiin telah menganjurkan satu program bersama-sama adik Amirul pada malam 6 November 2009.

Semoga Adik Amirul dapat meneruskan perjuangan dalam bidang nasyid ini walaupun dalam team dan sekolah yang lain.

Shoutun Naajihiin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jerih payah dan pengorbanan adik Amirul selama bersama-sama kami.

Hanya linangan air mata dan kenangan terindah sewaktu bersama menjadi pengubat rindu kami...

Akhirul kalam walau jauh di mata tetapi tetap dekat di hati

Salam Sayang dan Rindu dari Shoutun Naajihiin.

Detik2 Akhir Bersama









Rabu, 4 November 2009

Nukilan dari Ustaz Naim USIM


Assalammualaikum wrb.
Selamat bertemu kembali....terima kasih SNaajihiin ucapkan kepada semua yang memberikan sokongan kepada kumpulan kami.SNaajihiin mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan untuk lebih memantapkan lagi SNaajihiin pada masa hadapan. Di sini SNaajihiin menampilkan salah satu dari komen dan pandangan dari seorang sahabat SNaajihiin yang sentiasa mengikuti perkembangan SNaajihiin dari masa ke semasa iaitu saudara Naim dari USIM.

wa'alaikumsalam ustaz...saya nak bagi serba sedikit pandangan saya....saya dah tgk video johan sr dari Pahang tu, memang deserve to win la...ada kelebihan terutama persembahan yg kreatif....lenggok lagu diorang pun best...huhu....ape pun ustaz, saya mengucapkan TAHNIAH atas kejayaan soutunnaajihiin tempoh hari....tahun depan bagi lagi mantop....kalo tak clap markah johan tak sampai pun 80% kan?...kalo camtu, kirenye tak la jauh sgt beza ngan sn.....boleh improve lagi ustaz.... saya nak bg komen ckit pasal persembahan sn kat Pahang aritu...pada amatan saya, terutama melalui lagu masri ataupun lagu pertama, saya perasan congga tak menyerlah kemasriannya...maaf kalo saya clap ye ustaz...kut la hakim komen lain plak....berdasarkan ilmu yg saya dapat, asas rentak masri tidak dapat diterjemahkan dgn baik semasa lagu pertama dimainkan oleh sn...... Apepun saya tetap kagum ngan kebolehan ustaz mereka lagu dan lirik sekaligus...untuk dua-dua lagu plak tu....memang mantop!!!..... Untuk pengetahuan ustaz, saya memang meminati dan suka mengikut perkembangan nasyid sekolah ni.....saya jugak buat pemerhatian kat team2 yg dah memang terkenal mcm AFU, Soutul Faizin, Sofwatunnur, Izdan dll.... untuk lagu masri ustaz, saya selalunya merujuk kepada rentak ataupun irama lagu2 padang pasir khususnya dari negara2 arab seperti Mesir, Syria, Libya dll....ada gak dari negara Asia Tenggara seperti Indonesia....tapi, untuk menyesuaikan ia dengan rentak atau stail sekolah, perlu buat beberapa pemerhatian dan juga sedikit pengubahsuaian...kadang2 saya duk takde wat ape2 try gak create satu rentak alunan irama masri....nanti kalo kita jumpe, leh saye demo ckit kat ustaz....waktu tu, leh la kita bertukar-tukar idea dan boleh cari alunan yg sesuai untuk lebih mantop...kan best kalo dapat discuss sama2....harap2 boleh la kite berjumpe ye ustaz.... masalah sesetengah pasukan nasyid adalah tidak mengetahui dan ada yg tidak tahu asas tarannum...sebenarnye melalui tarannum itulah diolah menjadi satu rentak atau irama masri yg kalo dapat diadun dgn baik, maka akan beri impak yg besar dan menghiburkan.....sebab itu kebanyakan sekolah mencedok rentak2 yg ala2 masri dan diletakkan dalam lagu mereka...ada yg saya pernah dengar mcm lagu hindustan la..hehe...tp bukan kat peringkat kebangsaan la...itu dah level lain....ada jugak yg menyanyikan lagu pertama dengan bunyi seolah-olah kontemporari, hilang terus masri....bukan senang sebenarnya nak create lagu masri ni ustaz....kena selitkan unsur2 tarannum seperti rast, nahwand, siikah, soba dan yg lain2....untuk tarannum2 ini plak ustaz, ada pecahannya, mcm mayyah, banjakah, siikah baladi dll.....saya rase ustaz dah a'rif pasal ni...saye teringin nak demo kat ustaz rentak masri yg saya dapat berasaskan aplikasi bayyati, soba dan rast...hijjaz pun ade gak..... untuk lagu kontemporari ustaz, nanti saye nak demo satu rentak yg santai dan sangat sesuai untuk sn.....saje jer nak demo, bkn nak jadikan ia terus as lagu pun...sekadar cuba2 jer...leh ye ustaz?.....ustaz pun mesti dah ada lagunya...lagu kedua kan boleh create bila2 jer, sebab dah tahu tema, tak mcm lagu pertama, ada tema khusus setiap thn... harapan saya ustaz agar dapat bertemu dalam tempoh yg terdekat ini dengan ustaz..dpt lah kita saling berdiskusi dan bertukar-tukar idea..terimalah saya sebagai sebahagian daripada anggota sn........ape yg saye ungkapkan ini ustaz adalah untuk berkongsi idea, pendapat dan pengalaman yg ada..mudah2 han penampilan soutunnaajihiin thn depan akan lebih bergaya dan nampak menyerlah..sory la kalo saya ni mcm 'over' plak, nak demo2 lagu kat ustaz yg dah pakar bab2 lagu dan lirik ni...nak kongsi jer ustaz ye..itu jer...Moga soutunnaajihiin dpt menghasilkan lagu masri yg 'layan' serta memukau penonton dan lagu kontemporari yg 'catchy' dan menghiburkan...... Terima Kasih ikhlas daripada Naim USIM...
email:naim_boyz1990@yahoo.com

http://azrinaim.blogspot.com/