LogoSN09

Lagu 2 (Hakikat Puasa)

;

Ahad, 31 Mei 2009

Biodata dan Profile

*sila klik pada gambar*

Kumpulan Shoutun Naajihiin ditubuhkan pada tahun 2007 sebelum itu kumpulan ini dikenali dengan nama alfairuzzain dan diberi jenama semula pada tahun 2007.
Antara kejayaan2 yang telah dikecapi oleh kumpulan ini:

Peringkat Daerah Manjung

- Naib Johan Daerah Manjung 2005
-Johan Daerah Manjung 2008
-Johan Daerah Manjung 2009

Peringkat Negeri Perak

-Johan Negeri Perak 2008
-Johan Negeri Perak 2009
-Solo Terbaik 2008
-Pencipta Lirik Terbaik Kontemporari 2008
-Pencipta Lagu Terbaik Kontemporari 2009
-Pencipta Lirik Terbaik Kontemporari 2009

Peringkat Kebangsaan

-Naib Johan SR 2008
-Ketiga SR 2009

insyaallah kalau ada rezeki kumpulan ini akan kembali bersaing pada tahun 2010 dengan usaha yang lebih gigih...
majulah Nasyid untuk negara

Sabtu, 30 Mei 2009

Info Minggu ini

Shoutun Naajihiin mengucapkan terima kasih kepada para sponsor2 yang telah memberikan sumbangan dalam bentuk material untuk kesinambungan perjuangan Shoutun Naajihiin

Kepada PBD Tuan Ahmad Nazim (MAIPk),En Jamaluddin,Pn Siti Fatimah,PIBG Skss,Pihak Pentadbir Skss dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak..Syukran Kathiran..

Jumaat, 29 Mei 2009

Info Minggu ini....

Shoutun Naajihiin mengucapkan jutaan terima kasih di atas pandangan-pandangan dan sokongan2 yang diberikan kepada kami.
Diharapkan selepas ini lebih banyak masukan-masukan,idea-idea daripada pencinta-pencinta nasyid khususnya di perak...kejayaan nant d peringkat kebangsaan adalah kejayaan kita bersama...
Penghargaan khusus ditujukan kepada saudara Naim (USIM),Sifu Wan & Kak As,Ustaz Husni yang telah byk membantu dalam memantapkan Shoutun Naajihin..

Di kesempatan ini, Shoutun Naajihiin juga mengajak semua untuk sama2 menyedekahkan surah al-fatihah kepada Allahyarham Cikgu Kamaruddin yang telah kembali ke Rahmatullah pada pertengahan bulan Mei 2009 yang lalu...Jasa dan ilmu yang diwariskan oleh beliau khasnya kepada shoutun naajihiin hanya Allah yang dapat membalasnya sehingga shoutun naajihiin berjaya membina nama dalam arena nasyid di peringkat sekolah rendah....semoga rohnya dalam lindungan dan rahmat Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang sholeh....Amiiin..

Isnin, 25 Mei 2009

Kejayaan2 SKSS 2009

1- Pasukan Nasyid Shoutun Naajihiin -
Johan Negeri Perak
Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan 14-17 Julai 2009-Kuantan

2- Pasukan Kawad Kaki Perempuan -Johan Negeri Perak
(Peringkat Kebangsaan 6-9 Jun 2009-Nilai3 N9)

3- Pasukan Boria PPDa -Johan Negeri Perak
(Peringkat Kebangsaan 8-11 Jun 2009-Sg Petani)

4- Pasukan Ragbi bwh 12 -Johan Daerah Manjung,Keempat Negeri Perak...

Semoga semuanya akan menjadi Johan di Peringkat Kebangsaan..

video lagu 2 (2008)

Shoutun Naajihiin mengucapkan Tahniah kepada pasukan Kawad Kaki PBB Sk Seri Sitiawan...yang telah menjadi JOHAN NEGERI PERAK...Dan akan mewakili Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan pada 7-9 June di Nilai 3 Negeri Sembilan..

Tahniah dan penghargaan buat Jurulatih2 Kak Ummul Hidayah,Kak ZaiNab lagi,Kak Zamilah,Cikgu Fadhil,bro mail,ustaz hensem dan Group2 TKRS Seri Sitiawan..

Moga Tahun 2009 ini akan Menjadi Johan Kebangsaan...Amiiiin...

Ni video lagu kedua (kontemporari)-Ilmu Pembawa Cahaya semasa menjadi naib johan Festival Nasyid Kebangsaan SR 2008 di Pulau Wan Man Kuala terengganu....

Info Terkini

Shoutun naajihiin mengucapkan tahniah kepada pasukan BORIA SK SERI SITIAWAN yang telah berjaya menjadi JOHAN BORIA NEGERI PERAK di Karnival PPDa Peringkat Negeri Perak pada 22-23 mei yang lalu. Pasukan Boria ini akan mewakili Perak ke Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 8 - 11 Jun 2009 di Sg Petani Kedah.

Tahniah dan syabas buat jurulatih Bro Fairus yang telah berjaya mencipta lagu,lirik dan kareografi yang begitu fantastik....penghargaan juga buat group2 cikgu boria Skss...yang diketuai oleh
Kak Rosmah (ngopor), kak fadzillah(oghang),dibantu oleh kak nab(comel),kak mek ani,kak ummu,kak rosnayati,kak syidah, bro megat,bro mail,bro sam,ustaz hensem....dan lain2..yang bertungkus lumus tidak mengenal siang malam,cacian,hinaan,semuanya dilalui dengan tabah....Hidup Boria Seri Sitiawan, Moga Tahun ini menjadi JOHAN KEBANGSAAN.....Amiiin..


Shoutun naajihiin juga mengucapkan Tahniah Kepada kumpulan Shoutul Faaizin (Izzuddin Shah) yang telah menjadi JOHAN PERAK kategori Nasyid PPDa Sekolah Menengah..moga menjadi Johan Kebangsaan tahun ini....Tahniah dan syabas kepada Sifu Ustaz Wan dan Kak As..untuk ciptaan lagu yang begitu hebat dan mables.........

Selasa, 19 Mei 2009

Video Lagu 1 (2008)



ni semasa menjadi naib johan Festival Nasyid Kebangsaan 2008 di Pulau Wan Man Kuala Terengganu ..Lagu 1-Menjana Cendekiawan Bestari....

Jumaat, 15 Mei 2009

Barisan Pemimpin SN





Barisan guru-guru yang memimpin kumpulan shoutun naajihiin.

Rabu, 13 Mei 2009

Video Lagu 1 2009



Ni sewaktu Pertandingan Nasyid Mahrojan Kesenian Islam Peringkat Negeri Perak pada 2 April 2009. Shoutun Naajihiin dari Sk Seri Sitiawan,Manjung Perak

Sejarah Penubuhan


Selamat datang ke blog kumpulan nasyid shoutun naajihin dari sk seri sitiawan, manjung raya. kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 2007 yang dipimpin/diasaskan oleh ustaz shamsul baharin azri & ustazah zainab ahmad.

Pada tahun 2008 pasukan ini telah berjaya menjadi johan nasyid di mahrojan kesenian islam peringkat negeri perak. dan mewakili perak ke festival nasyid peringkat kebangsaan di pulau wan man kuala terengganu dan telah berjaya menjadi naib johan kategori sekolah rendah.
Anggota asal kumpulan ini terdiri dari 11 orang murid skss diketuai oleh Imaduddin yang kini belajar di SERATAS Taiping,Luqman Hakim SMK Seri Manjung,Nizamuddin,Shahmi,Azizzul Hassan,Amirul Firdaus,Nasrul Abd Jalil,Firzan,Nazmi,Afiq Fahimi, Ikmal Ismadi..dan pada tahun 2009 ditambah dengan Zarif dan Khalil Azman.

Pada tahun 2009 pasukan ini juga telah menjadi johan nasyid peringkat negeri dan sekali lagi akan mewakili negeri perak ke festival nasyid peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 14-17 julai di kuantan pahang.