LogoSN09

Lagu 2 (Hakikat Puasa)

;

Selasa, 27 Oktober 2009

Lirik lagu (1) 2009-Padang Pasir

..::selamat menikmati::..



AQIDAH YANG MURNI


اَلأِيمَانُ هُوَ تَصْدِيقٌ بِالجَنَانِ
وَعَمَلٌ بِالأَرْكَانِ
وَتَقْرِيْرٌ بِالْلِسَانِ.....
لا إله إلا الله ...... محمد رسول الله

SETIAP INSAN PASTI MENCARI
AQIDAH YANG MURNI ITULAH YANG HAKIKI
AGAR BISA MEMBENTUK JATI DIRI CEMERLANG
MENYULUH KEGELAPAN DENGAN CAHAYA YANG TERANG

IMAN YANG BERLANDASKAN AQIDAH YANG MURNI
MENJADI PANDUAN SETIAP AMALAN
MEMBENTUK PERIBADI, JIWA DAN ROHANI
DENGAN IMAN DAN ISLAM SEBAGAI PEGANGAN

اَلأِيمَانُ هُوَ تَصْدِيقٌ بِالجَنَانِ
وَعَمَلٌ بِالأَرْكَانِ
وَتَقْرِيْرٌ بِالْلِسَانِ.....
لا إله إلا الله ...... محمد رسول الله

ALLAH, ALLAH, ALLAH YA ALLAH
ALLAH, ALLAH, ALLAHU RABBI

WAHAI TEMAN-TEMAN YANG KUCINTAI
HIASILAH KALBUMU DENGAN IMAN DAN TAQWA
DENGAN BERASASKAN AQIDAH YANG MURNI
SEMOGA MENDAPAT KEREDOAN DARI-NYA

(QASIDAH)
”SEGERALAH PERSIAPKAN DIRI SEBELUM TERLAMBAT,
JADIKANLAH AQIDAH YANG MURNI SEBAGAI PEGANGAN,
DENGAN IMAN JUA KEISLAMAN,PASTI CEMERLANG DUNIA AKHIRAT...”


اَلأِيمَانُ هُوَ تَصْدِيقٌ بِالجَنَانِ
وَعَمَلٌ بِالأَرْكَانِ
وَتَقْرِيْرٌ بِالْلِسَانِ.....
لا إله إلا الله ...... محمد رسول الله

SETIAP INSAN PASTI MENCARI
AQIDAH YANG MURNI ITULAH YANG HAKIKI
AGAR BISA MEMBENTUK JATI DIRI CEMERLANG
MENYULUH KEGELAPAN DENGAN CAHAYA YANG TERANG

KELAK AKAN DITINGGALKAN SEMUA YANG DIBANGGAKAN
YANG KEKAL ABADI HANYA RABBUL ’IZZATI
TINGGALKANLAH SEMUA AMAL YANG MERUGIKAN
PASTI DI SANA NANTI DALAM REDO ILAHI

اَلأِيمَانُ هُوَ تَصْدِيقٌ بِالجَنَانِ
وَعَمَلٌ بِالأَرْكَانِ
وَتَقْرِيْرٌ بِالْلِسَانِ.....
لا إله إلا الله ...... محمد رسول الله

LAGU : SHAMSUL BA 2009
LIRIK : SHAMSUL BA 2009

Isnin, 28 September 2009

"Minal 'aidil wal Faaiziin"

Shaoutun Naajihiin mengucapkan salam lebaran kepada semua. Di kesempatan berada di bulan syawal yang mulia ini SN mengambil kesempatan memohon kemaafan atas segala kesalahan yang sengaja ataupun tidak........

Buat semua ahli SN selamat lebaran diucapkan dapat duit raya jangan membazir.....

Lirik lagu kedua(irama kontemporari)2009

Mari Berwuduk

(Allah 3x Ya Allah)2x
(Ya Allah 2x Ya Allah)2x

(Berwuduklah3x)2x

SEBELUM SOLAT KITA TUNAIKAN
MESTILAH BERSIH DIRI DAN PAKAIAN
HENDAKLAH WUDUK DIUTAMAKAN
BARU SEMPURNA SOLAT DITUNAIKAN

MEMBACA BISMILLAH JANGAN DILUPAKAN
MENUTUP AURAT ITU DIGALAKKAN
MEMBAZIR AIR JANGAN DIAMALKAN
KERANA IA AMALAN SYAITAN
AMALKAN SEMUA ADAB2NYA
BEGITU JUA RUKUN2NYA
LAKUKAN PENUH KEIKHLASAN
BARU SEMPURNA WUDUK YANG AKAN DIKERJAKAN

(Berwuduklah3x)2x
(lafaz niat wuduk)3X

AYUH BERSAMA KITA TINGKATKAN USAHA
BAIKI WUDUKMU AGAR LEBIH SEMPURNA
PASTI WAJAHMU KAN BERCAHAYA
JIWAMU AKAN DAMAI SENTIASA
KELAK DIAKHIRAT TAKKAN DIPERSIA
KERNA WUDUKMU SEBAGAI TANDA

(Berwuduklah3x)2x

SEBELUM SOLAT KITA TUNAIKAN
MESTILAH BERSIH DIRI DAN PAKAIAN
HENDAKLAH WUDUK DIUTAMAKAN
BARU SEMPURNA SOLAT DITUNAIKAN

MEMBACA NIAT RUKUN YANG PERTAMA
MEMBASUH MUKA RUKUN YANG KEDUA
MEMBASUH TANGAN RUKUN YANG KETIGA
HINGGA KE SIKU KIRI DAN KANAN
MENYAPU KEPALA RUKUN YANG KEEMPAT
MEMBASUH KAKI RUKUN YANG KELIMA
KE BUKU LALI KIRI DAN KANAN
AKHIRNYA TERTIB ITULAH ENAM RUKUNNYA

(Berwuduklah3x)2x

YA ALLAH YA TUHAN KAMI
TERIMALAH AMALAN KAMI
HANYA PADAMU KAMI BERSERAH DIRI
MOGA DITEMPATKAN DI SYURGA HAKIKI

(Ya Allah 2x Ya Allah)3X

lirik : Shoutun Naajihiin 2009

Selasa, 21 Julai 2009

Festival Nasyid Kebangsaan Kali ke 6



Assalammualaikum wrb...
Pada 14 - 17 Julai 2009 bertempat di Komplek Belia Indera Mahkota Kuantan Pahang telah berlangsung Festival Nasyid Sekolah-sekolah kementerian Pelajaran Malaysia peringkat Kebangsaan kali ke 6.
Shoutun Naajihiin dan Sofwatunnur mewakili negeri perak bagi pertandingan tersebut.....
Bagi Kategori Sekolah Rendah
Johan - Pahang
Kedua - N.Sembilan
Ketiga - Perak (Shoutun Naajihiin)

Bagi Kategori Sekolah Menengah
Johan -Johor (maahad Muar)
Kedua -K.Lumpur (SMKKL)
ketiga -Pahang Shoutun Naajihiin mengucapkan tahniah khas buat anggota2nya ; Shahmi,Nizam,Azizzul,Amirul,Nasrul,Zarif,Firzan,Nazmi dan Khalil....Insyaallah tahun hadapan kita akan buat yang lebih baik.......
Tak lupa juga ucapan tima kasih buat semua yang mendoakan,membantu terutamanya; 211 & kak As,Naim Usim,adik2 sofwatunnur yang banyak membantu adik2 shoutun naajihiin...us husni,cikgu rofi,seluruh Warga sekolah SKSS, Guru Besar dan semua guru2....
Untuk semua kru Kejurulatihan, Kak Zai, Mek Ani, kak rosmah,abg mail,firdaus,megat,abg fairuz dan semua yang menyokong shoutun Naajihiin selama ni....

Isnin, 15 Jun 2009

Keputusan PPda 2009

Askum dan salam sejahtera dari Shoutun Naajihiin buat semua.
Pertandingan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat kebangsaan telah pun berakhir pada minggu lalu. Kumpulan Boria Sk Seri Sitiawan yang mewakili Perak telah mendapat tempat ke -4. Namun Boria Skss telah berjaya mendapat anugerah tukang karang terbaik (solo) iaitu adik Norazri. Tahniah diucapkan.
Kumpulan Nasyid Soutul Faizin (izzuddin shah) pula telah berjaya menjadi naib johan peringkat kebangsaan 2009.Tahniah diucapkan. Untuk melihat video persembahan soutul faizin anda boleh klik di pautan (soutul faizin). Insyaallah di tahun 2010 kita akan buat yang lebih baik...

Selasa, 9 Jun 2009

Doa dan Harapan

Pada 8.06.2009 jam 11.00 pagi bertempat di PSPN ipoh perak pasukan Boria (Sk Seri Sitiawan Manjung Raya) dan Soutul Faizin (Izzuddin Shah) telah bertolak ke Sg Petani Kedah Darul Aman untuk pertandingan PPDa peringkat Kebangsaan.
Soutul Faizin akan bertanding pada sebelah pagi 9.06.2009 dan Boria Skss pada sebelah petang.
kami seluruh warga skss dan rakyat perak mendoakan kejayaan mereka.

Ahad, 31 Mei 2009

Biodata dan Profile

*sila klik pada gambar*

Kumpulan Shoutun Naajihiin ditubuhkan pada tahun 2007 sebelum itu kumpulan ini dikenali dengan nama alfairuzzain dan diberi jenama semula pada tahun 2007.
Antara kejayaan2 yang telah dikecapi oleh kumpulan ini:

Peringkat Daerah Manjung

- Naib Johan Daerah Manjung 2005
-Johan Daerah Manjung 2008
-Johan Daerah Manjung 2009

Peringkat Negeri Perak

-Johan Negeri Perak 2008
-Johan Negeri Perak 2009
-Solo Terbaik 2008
-Pencipta Lirik Terbaik Kontemporari 2008
-Pencipta Lagu Terbaik Kontemporari 2009
-Pencipta Lirik Terbaik Kontemporari 2009

Peringkat Kebangsaan

-Naib Johan SR 2008
-Ketiga SR 2009

insyaallah kalau ada rezeki kumpulan ini akan kembali bersaing pada tahun 2010 dengan usaha yang lebih gigih...
majulah Nasyid untuk negara

Sabtu, 30 Mei 2009

Info Minggu ini

Shoutun Naajihiin mengucapkan terima kasih kepada para sponsor2 yang telah memberikan sumbangan dalam bentuk material untuk kesinambungan perjuangan Shoutun Naajihiin

Kepada PBD Tuan Ahmad Nazim (MAIPk),En Jamaluddin,Pn Siti Fatimah,PIBG Skss,Pihak Pentadbir Skss dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak..Syukran Kathiran..

Jumaat, 29 Mei 2009

Info Minggu ini....

Shoutun Naajihiin mengucapkan jutaan terima kasih di atas pandangan-pandangan dan sokongan2 yang diberikan kepada kami.
Diharapkan selepas ini lebih banyak masukan-masukan,idea-idea daripada pencinta-pencinta nasyid khususnya di perak...kejayaan nant d peringkat kebangsaan adalah kejayaan kita bersama...
Penghargaan khusus ditujukan kepada saudara Naim (USIM),Sifu Wan & Kak As,Ustaz Husni yang telah byk membantu dalam memantapkan Shoutun Naajihin..

Di kesempatan ini, Shoutun Naajihiin juga mengajak semua untuk sama2 menyedekahkan surah al-fatihah kepada Allahyarham Cikgu Kamaruddin yang telah kembali ke Rahmatullah pada pertengahan bulan Mei 2009 yang lalu...Jasa dan ilmu yang diwariskan oleh beliau khasnya kepada shoutun naajihiin hanya Allah yang dapat membalasnya sehingga shoutun naajihiin berjaya membina nama dalam arena nasyid di peringkat sekolah rendah....semoga rohnya dalam lindungan dan rahmat Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang sholeh....Amiiin..