Lagu 2 (Hakikat Puasa)

;

Rabu, 11 November 2009

Nukilan dari Ustaz Naim USIM-Part 2


Assalammualaikum dan selamat bertemu kembali kepada semua pembaca2 blog Shoutun Naajihiin..pada kali ini SNaajihiin akan menyiarkan satu lagi nukilan dari ustaz Naim USIM semoga ilmu yang diberikan beliau dapat dikongsi bersama dan pahalanya akan dilipatkali gandakan oleh Allah SWT.Terima kasih dari SNaajihiin untuk ustaz Naim....selamat menikmati...

Assalamualaikum ustaz, ape kabo?...disini saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaan ilmu Tarannum ini...kat cni ustaz boleh la bezakan antara rentak Masri dan jugak Hijazi...dalam peraturan Festival Nasyid Kebangsaan ada cakap pasal irama Masri @ Misri dan Hijazi...saya pun masih lagi mengkaji dan sedang mendalami Aliran Hijazi dan Misri...hayatilah coretan saya..

Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu.

ما أذن ال لشىء ما أذن لنب حسن الترن بالقرأن, رواه البخارى

“Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada
nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”


Sejarah Tarannum

Rasulullah SAW menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari RA dan ramai lagi. Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah b Qis di Kufah (62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini.Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran, maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu RasuluLlah SAW itu.Ketika zaman-zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran. Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya:
- Misri (Mesir)
-Hijazi (Mekah dan Madinah)
-Iraqi
- Kurdi (sempadan Iraq dan Turki)
-‘Ajami ( Iran ) dan lain-lain

Hukum Umum Bertarannum

Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta pandangan alim-ulama, bolehlah kita fahami bahawa hukum bertarannum adalah seperti berikut;

Fardhu (kifayah) – jika hanya dengan berlagu sahajalah masyarakat ingin mendekati Al-Quran.
Sunat – jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.
Harus – untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.



Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:



Tarannum bit Tahqiq – Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qari-qari mesir muktabar seperti Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan lain-lain. Kategori ini digunapakai di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Tarannum bit Tadwir – Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makkah Al- Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah seperti Fadhilatud Duktur Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais dan lain-lain.



Asas Tarannum Aliran Hijazi


Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an. Lagu-lagu asas mereka boleh diketahui dengan kata-kata “Bihumurin jasad”.
-Banjakah
-Husaini
-Mayyah
-Rakbi
-Jiharkah
-Sikah
-Dukah

Asas Tarannum Aliran Misri


Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah yang popular. Tarannum asas aliran Misri ialah:
- Al-Bayyati
- Soba
- Hijaz
-Nahawand
- Rast
-Sikah
-Jiharkah


Terdapat tarannum-tarannum yang bersamaan nama di dalam aliran Hijazi dan aliran Misri, malah terdapat juga tarannum Misri yang diberi nama Hijaz. Ini menunjukkan keterbukaan dan keilmuan qari-qari Mesir dalam mengambil, mengubahsuai dan memperbaharui kearah mencantikkan lagi tarannum-tarannum sesuai dengan suasana, peredaran zaman dan citarasa terkini, tetapi tidaklah sampai menghilangkan identiti asal dan yang paling utama, keutuhan tarannum bil Quran yang berlahjah arab.


Perbandingan Aliran Hijazi & Masri@Misri:-


Aliran Hijazi:-


* Padang Pasir
* Bukit Bukau
* Suhu Tinggi

Jadi, irama dan rentaknya lincah dan nada suaranya tinggi kehangatan...


Aliran Misri@Masri:-

* Lembah Nil
* Subur Menghijau
* Suhu Sederhana

Jadi, irama dan rentaknya lembut dan suaranya sederhana kemanisan...


Sekadar berkongsi input yg ada...berdasarkan apa yg saya paparkan ini, diharapkan ustaz akan lebih memahami kaedah atau unsur2 lagu Masri ataupun Hijazi, mcm mana stail lagu serta asal usul aliran Hijazi dan Masri, seperti yg dituntut untk lagu pertama dalam peraturan Fetival Nasyid Kebangsaan (Sekolah)...

ikhlas daripada Naim USIM...
email:naim_boyz1990@yahoo.com

http://azrinaim.blogspot.com/

Tiada ulasan: