LogoSN09

Lagu 2 (Hakikat Puasa)

;

Khamis, 12 November 2009

Ilmu Suara - Oleh Ustaz Naim USIM

Assalammualaikum dan salam bertemu kembali....syukran kathiran daripada SNaajihiin kepada Ustaz Naim Usim coz sudi berkongsi ilmu bersama.....kali ini beliau kan membawa kita memahami secara mendalam tentang ilmu suara..selamat menikmati.....

Dikirim oleh: Ustaz Naim USIM
email:naim_boyz1990@yahoo.com
http://azrinaim.blogspot.com/

Assalamualaikum ustaz, harap senantiasa ceria ye......pertamanya terima kasih sebab sudi posting mail saya pasal Aliran Masri@Misri dan Hijazi dalam blog Shoutun Naajihiin...Saya tak kisah pun ustaz post email saya tu..........Baiklah,

Email saya kali ini akan menfokuskan aspek seni suara...Apa yg saya tonjolkan dalam penulisan kali ini lebih kepada asas2 pengenalan berkenaan ilmu2 seni suara....Penulisan saya ini juga merujuk buku Qawa'id Al Tarannum, hasil nukilan Tn. Haji NIk Jaafar, salah seorang Qari Malaysia yang masyhur...Walaupun penceritaannya berkisar tentang bidang suara dalam aliran Tarannum Al-Quran, tetapi ia juga sesuai diguna pakai sebagai rujukan untuk aliran Nasyid, kerana aspek suara adalah salah satu daripada aspek utama yang perlu dititikberatkan dalam melagukan irama nasyid...aspek suara juga menjadi fokus utama penghakiman dalam Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM peringkat Kebangsaan setiap tahun....betul kan ustaz?... ...Jadi, saya minta maaf andai ada kekurangan dalam persembahan saya kali ini....Saya harap ilmu yg diperoleh ini dapat digarap dengan baik dalam usaha mencari kualiti suara yg terbaik...Melalui penulisan ini, sedikit sebanyak ustaz juga selepas ini dapat mengenalpasti sifat2 suara yg ada dalam anggota Shoutun Naajihiin..kalau ada kekurangan boleh dibuat penambahbaikan...ustaz kan nak cari calon solo..so, ilmu suara ni kena ada la, seterusnya dapat la cari solo yg terbaik untuk SN nanti......begitu jugak dgn suara back up...kena gak tengok mcm mana tahap suara diorang kan...input ini jugak penting untuk mengetahui kaedah2 mempelbagaikan suara terutama ketika membaca QASIDAH, yg sekarang ini menjadi bonus untuk lagu pertama di Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM...insyaALLAH kalau ada input tambahan saya akan emailkan nanti ye...

Umum mengetahui, ilmu Aswat (ilmu suara) adalah pasangan kembar yang tidak dapat dipisahkan dengan Tarannum kerana Tarannum itu sebenarnya berdiri di atas suara yang diperindahkan...Begitu juga Nasyid, keharmonian serta kesempurnaan sesebuah irama nasyid itu banyak dipengaruhi oleh suara...Apabila suara berada dalam keadaan baik, maka cantiklah nasyid itu dipersembahkan atau dilagukan..Walaupun penceritaan di bawah ini berkisar tentang seni suara untuk aliran Tarannum Al-Quran, namun ia juga sebenarnya amat sesuai dan boleh diguna pakai untuk memantapkan ilmu seni suara untuk aliran Nasyid...Dalam Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM, bidang suara tidak akan terlepas untuk diberi perhatian dalam penghakiman...

Berikut serba sedikit ilmu berkenaan dengan seni suara...sama-sama kita ambil manfaat daripadanya....

Alat Proses Suara


1 Peparu sebagai alat organ pernafsan yang menyedut dan menghembus udara melalui:

i. Alat salur suara (halkum)
ii. Corong bawah(mulut)
iii. Corong atas (hidung)

2. Melalui saluran ini ianya boleh melahirkan berbagai jenis bunyi, untuk dinikmati dan dimanfaatkan oleh kita.


Pengenalan Suara


Suara adalah satu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari peperu menerusi alat
salur kerongga-kerongga mulut atau hidung.Kemudian akan ditentukan bunyinya oleh alat-alat pertuturan yang lain.


Kepentingan Suara

Suara merupakan salah satu daripada nikmat kurniaan Allah kepada manusia.Yang mana tidak kurang pentingnya di dalam arena hidup seseorang ianya berfungsi sebagai alat perhubungan, penyebaran dan penyampaian rasa hati.Samada suka duka, perintah tegah kasih benci, memohon merayu, beribadat bermunajat dan sebagainya.


Suara Boleh Di proses Dan Di pelajari


Suara manusia adalah paling teristimewa kerana ianya boleh di proses.Boleh di pelajari, dilatih dan di sesuaikan mengikut kehendak yang tertentu ,seperti memberi persesuaian dengan berbagai jenis suara haiwan.Berbagai bunyi alat muzik , gaya pertuturan (bahasa) manusia dan sebagainya.

Untuk mendapat keistimewaan tersebut perlulah di proses dan di pelajari dengan cara yang tertentu.


Seni Suara untuk Al-Quran


Tiap-tiap suatu ciptaan Allah memang mempunyai seninya yang semulajadi. Demikian juga suara manusia.Setelah di kaji maka ianya adalah bagaimana berikut :-


Pertama:Seni asli

Iaitu seni ciptaan Allah yang semulajadi. Ianya tidak dapat di pertikaikan oleh sesiapapun.


Kedua:Seni sinaie

Iaitu seni kreatif manusia untuk membina seni ciptaan semulajadi tersebut. Perbuatan begini adalah termasuk di bawah falsafah ‘Mensyukuri Nikmat Allah’.

Oleh yang demikian amat sesuai sekali jika ianya di pergunakan untuk bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Kerana itu adalah di galakkan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadis.

Penilaian Kesenian Sebenar

Sebenarnya kehidupan ini diciptakan oleh Allah dengan penuh kesenian. Hanya manusia
mempunyai penilaian dan persepsi yang berbeza mengikut pengalaman, pengajian dan penggetahuan yang berbeza. Dari perspektif Islam kesenian yang paling agung adalah Al_quran itu sendiri yang sudah pastinya penuh dengan pelbagai seni sesuai dengan taraf
Ianya sebagai mukjizat daripada Allah swt. Dari sudut suara pula tentunya suara yang berseni dan berkualiti tinggi adalah selayaknya untuk membaca ayat-ayat suci AlQuran. Ini bergantung kepada kemampuan seseorang individu itu, namun usaha yang bersungguh –sungguh amat perlu dipertingkatkan.



* Begitu juga nasyid, kesenian suara amat penting...tanpa kesenian suara, maka nasyid yang dilagukan akan nampak cacat dan seterusnya boleh merosakkan identiti nasyid itu sendiri..


Mengenal sifat-sifat suara


Sifat suara terbahagi kepada empat katogeri:-


Pertama:Terbaik

Ianya mempunyai sebelas sifat



1) Ketepatan nada

2) Tinggi

3) Rendah

4) Garau

5) Lembut

6) Manis

7) Licin

8) Bersih

9) Terang

10) Lantang

11) Tajam


Kedua:Baik

Ianya mempunyai sepuluh sifat

1) Ketepatan Nada

2) Sederhana

3) Rendah

4) Garau

5) Lembut

6) Manis

7) Licin

8) Bersih

9) Terang

10) Lantang


Ketiga:Kurang baik


Ianya mempunyai sembilan sifat



1) Ketepatan Nada

2) Tinggi

3) Kecil

4) Lembut

5) Manis

6) Licin

7) Bersih

8) Terang

9) Tajam


Keempat:Tidak baik
Ianya mempunyai sifat-sifat yang berikut :-


1) Sumbang

2) Nipis

3) Lembap

4) Lemah

5) Keras

6) Serak

7) Pecah

8) Parau

9) Terketar-ketar

10) Tenggelam

11) Tersepit

12) Terputus

13) Tercekik

14) dan yang seumpama dengannya....

Suara dalam kategori yang pertama, kedua dan ketiga adalah istimewa dan senang di pelajari.Manakala suara dalam kategori yang keempat adalah suara yang bermasalah yang perlu di perbaiki dan di ubahsuai dalam jangka masa yang panjang.



* Nasyid itu seni, jadi aspek suara tidak bolehlah hanya dipandang enteng, kerana ia boleh merosakkan seni yang ada pada nasyid itu sendiri...


Johan Qari Peringkat Antarabangsa 1999, Hj Che Yahya Daud mendedahkan rahsia tambahan kearaban suara dalam Tarannum seperti yang diamalkan oleh Qari-qari Mesir yang muktabar adalah seperti berikut:-

1. Suara turun menjunam

2. Suara naik mencanak

3. Suara turun dan buka

4. Suara goncang

5. Suara goyang

6. Suara semacam seruling (flute)

7. Suara gantung (separuh ihtilal al-lahn, bermakna ada sedikit kecondongan suara)

8. Suara meletup-letup

* Kepelbagaian teknik suara ini juga sebenarnya boleh diguna pakai mengikut kesesuaian untuk mengindahkan QASIDAH dalam nasyid yang dibawa terutama bagi lagu pertama untuk Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM....



Teknik mentahsinkan al-quran


Tahsin as-saut adalah hasilan dari prosesan bunyi oleh alat-alat pengendalian suara dengan rapi dan cermat.

(1)Teknik penekanan pernafasan, untuk lembut atau keras.
(2)Teknik pengendalian pipit suara, untuk nyaring atau perlahan
(3)Teknik penyaluran bunyi, untuk kemanisan dan kelicinan.
(4)Teknik pengawalan nafas, untuk memanjang atau memendek nafas.
Dan sebagainya


Mengenal thobakot (tingkatan) suara


Terdapat empat thobakot dalam bidang taranum al-quran iaitu:-
1.Thobakot pertama (qoror) ianya berfungsi di dada
2.Thobakot kedua (nawa) ianya berfungsi pada tekak
3.Thobakot ketiga (jawab) ianya berfungsi pada rongga hidung
4.Thobakot keempat (jawab-buljawab) ianya berfungsi pada rongga otak




Peranan suara dalam bidang bacaan al-Quran


Di antara peranan suara dalam bidang bacaan al-quran adalah bagaimana berikut :-
(1)Memberi penyesuaian dengan kehendak lughah al-quran
(2)Memberi penyesuaian dengan bentuk dan ragam ayat-ayat al-Quran
(3)Memberi penyesuaian dengan irama taranum bil quran
(4)Memberi penyesuaian dengan lahjah arab


Mengenal burdah (bunga-bunga) suara:


Suara yang terhias dengan burdah adalah lebih menarik. Pada umumnya burdah itu
terbahagi kepada dua :-


Pertama:Burdah asli
Iaitu suara yang hidup, mempunyai getaran dan gerenek-gerenek yang semulajadi.

Kedua:Burdah sinaie
Iaitu bunga –bunga suara yang sengaja digubah dan disusun rapi mengikut kehendak
jenis tarannum yang dipersembahkan.


*Keunikan burdah-burdah ini juga sesuai untuk diadaptasikan dalam lagu berentak Hijazi atau Masri@Misri bagi Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM...tambahan pula di peringkat Kebangsaan, mana-mana pasukan yg dapat menampilkan keistimewaan dalam menggayakan burdah-burdah, tak kira dalam lagu atau Qasidah, pasukan itu selalunya akan dapat menarik perhatian juri terutamanya untuk memberikan markah bonus yg sememangnya menjadi idaman setiap pasukan bertanding, kerana semua sedia maklum, persaingan di peringkat Kebangsaan menjanjikan satu persaingan yg sengit, dan sudah tentu para juri akan mencari mana-mana pasukan yg berjaya melakukan keistimewaan untuk diletakkan sebagai juara dalam Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM peringkat Kebangsaan..


Menjaga kualiti suara

Nikmat suara yang di kurniakan Allah wajib di jaga.Antara langkahnya ialah :-

Pertama:Menjaga kesihatan fizikal (badan)

(1)Dengan memakan makanan yang seimbang.

(2)Dengan bersukan atau bersenam yang ringan demi untuk menguatkan otot-otot

dan urat saraf.semoga tenaga bersuara bertambah selesa.

Kedua:Menjaga kesihatan suara.

(1)Jauhilah dari makan atau minum bahan yang bersifat panas atau pedas
(2)Jauhilah dari makan makanan yang kelat, yang bergetah atau yang berminyak.
(3)Jauhilah dari makan makanan yang boleh membawa kesan berubahnya suhu
badan seseorang.
(4)Seelok-eloknya jauhilah diri dari merokok.
Ketiga:Banyakkanlah makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berzat.
Keempat:Banyakkanlah minum air sejuk tanpa ais sehingga melebihi lima liter sehari.


Sekian dahulu nukilan ikhlas daripada saya, Naim USIM....

Ma'assalaamah...

4 ulasan:

Muhsin berkata...

salam..suke nak tau pasal suara ni..minat sgat..klau ade info lg,mintak tolong sent kat emel ni "saymuhsince_88[at]yahoo[dot]com"
thanks..

Silent_HearT berkata...

suke jgk nk tau psl suara ni imanz_trouble@yahoo.com
nk tanya,klau suara kite rndah,boleh brlatih tak utk di tinggi

ezam969 berkata...

Boleh

yanmaneee berkata...

valentino
nike huarache
christian louboutin
nike 97
yeezy shoes
fila shoes
louboutin shoes
golden goose
fila
longchamp handbags