LogoSN09

Lagu 2 (Hakikat Puasa)

;

Isnin, 16 November 2009

Sejarah Percussion -Oleh Ustaz Naim USIM

ditulis oleh:Ustaz Naim USIM
Assalamualaikum Ustaz Shamz...chat?........Syukran ye doakan kejayaan saya untuk peperiksaan......saya pun doakan kejayaan dan kebahagiaan ustaz dunia dan akhirat...begitu juga saya doakan kejayaan ustaz dan Shoutun Naajihiin dalam memartabatkan seni nasyid....saya kat cni nak email kat ustaz pasal percussion pulak......Diharap dengan perkongsian ini, dapatlah kita sama-sama meluaskan ilmu tentang selok-belok alat perkusi ini, dan dapatlah jugak kita berkongsi ilmu ini dengan orang lain...Ape yang saya paparkan ini mungkin tidaklah secara mendalam, tetapi diharap dapatlah diambil manfaat daripadanya...Saya minta maaf kalo terdapat kekurangan dalam penyampaian saya kali ini ye ustaz...ok, selamat membaca........


LATAR BELAKANG PERKUSI

Muzik adalah sumber inspirasi dan ketenangan jiwa bagi setiap insan. Walaubagaimanapun, harus diingatkan, ini hanyalah sebahagian daripada hiburan duniawi. Hiburan yang paling hakiki adalah dengan mengingati tuhan dan menghayati ciptaan-Nya. Kita telah diberikan pilihan untuk memilih corak hiburan yang sesuai dengan jiwa dan sanubari kita, tapi ia perlu mengikut landasan yang ditetapkan syariah agama terhadap kita.




Sejarah Perkusi Dalam Islam.
Perkusi selalunya dimainkan semasa majlis perkahwinan. Ia digunakan untuk mengiringi nyanyian puisi, marhaban dan sebagainya. Sewaktu nabi Muhammad saw tiba di Madinah, baginda telah disambut dengan meriahnya oleh umat Islam dengan alunan nasyid dan selawat ke atas baginda. Mereka bukan sahaja bernasyid malahan diiringi oleh alunan kompang yang dimainkan oleh kaum Ansar. Semasa peperangan, perkusi juga digunakan oleh umat Islam untuk menaikkan semangat mereka. Gendang-gendang ini dimainkan oleh kaum wanita. Ini memperlihatkan bahawa gendang atau perkusi mempunyai perkaitan yang rapat dengan jiwa dan pergerakan fizikal kita. Semuanya bergantung bagaimana cara dan tujuan kita menggunakannya.



Dua jenis kategori alat perkusi:-

§ MEMBRANOPHONES
Alat perkusi yang mengeluarkan kualiti bunyi akibat ketukan seperti GENDANG dan sebagainya.

§ IDIOPHONES
Bunyi yang dihasilkan oleh mereka sendiri seperti TRIANGLE.

Kategori lain :

§ Tuned Percussion
§ Untuned percussion
§ Auxiliary percussion
§ Latin percussion
§ Ethnic percussion
§ Drum kit
§ DLL

Senarai jenis alat perkusi

§ Tuned Percussion

Ö Piano
Ö Organ
Ö Xylophone
Ö Marimba
Ö Vibraphone
Ö Orchestra bell (a.k.a. glockenspiel or bell lyre)
Ö Crotales
Ö Metallophone
Ö Xylorimba
Ö Timpani
Ö Rototoms
Ö Antique cymbals
Ö Celesta
Ö Handbells
Ö Clavinet
Ö Dulcimer


§ Untuned percussion

Ö Bass drum
Ö Gong
Ö Chime tree (a.k.a mark tree)
Ö Bell tree
Ö Snare drum
Ö Tam-tam
Ö Tenor drum
Ö Tom-toms
Ö Kick drum
Ö Hi-hat
Ö Crash cymbals
Ö Sizzle cyambal
Ö Splash cymbal
Ö China cymbal
Ö Suspended cymbal
Ö Taiko drum


§ Auxiliary percussion

Ö Finger cymbals
Ö Flex-a-tone
Ö Glass harp
Ö Ratchet
Ö Rattle
Ö Sand blocks
Ö Whip (a.k.a woodcrack or slapstick)
Ö Sleigh bells
Ö Tambourine
Ö Temple block
Ö Triangle
Ö Turntanble
Ö Vibraslap
Ö Wood block
Ö Doyra
Ö Mendoza (a.k.a. monkey stick)
Ö Anvil



§ Latin / afro-carribean percussion

Ö Atabaque
Ö Agogo bell
Ö Bata
Ö Bonga drums
Ö Brake drum
Ö Cabasa
Ö Castanets
Ö Cajon (box drums)
Ö Claves
Ö Conga
Ö Cowbell
Ö Cuica
Ö Djemble
Ö Guira
Ö Jawbone
Ö Maracas
Ö Scraper
Ö Tambora
Ö Timbales

§ Southeast Asian Percussion

Ö Kompang marwas
Ö Rebana
Ö Gendang jawa
Ö Gendang sundal
Ö Geduk
Ö Beduk
Ö Rebana ubi
Ö Gendang dol
Ö Gendang sarunai

§ Arabian / Indian Percussion

Ö Marwas
Ö Udu drum
Ö Tabla
Ö Doubek, darbuka, yankie, douf



Perkusi dari sudut pandangan Islam:-

þ Khilafiah – dalam penggunaan alat-alat perkusi sebagai wadah hiburan.
þ Penggunaannya sebagai ejen dakwah dalam islam. (sorotan cara pendakwahan ulama pada masa silam )

Alat-alat perkusi yang selalu digunakan okeh kumpulan nasyid atau di dalam lagu-lagu nasyid

A. Conga
B. Bonga
C. Djemble
D. Dumbek/yankee/darbuka/rabuka/lead
E. Tambourines
F. Shaker
G. Udu drum
H. Chimes
I. Kompang
J. Rebana



ASAS-ASAS BERMAIN ALAT-ALAT PERKUSI

§ Open tone
- gunakan seluruh kawasan jari
- pastikan semua jari rapat di antara satu sama lain
- pukul bahagian B dan tarik serta merta

§ Closed-Open Tone

- gunakan seluruh kawasan jari
- pastikan semua jari rapat di antara satu sama lain
- pukul bahagian B secara melekap

§ Bass Tone

- gunakan tapak tangan
- pukul bahagian A dan tarik serta merta

§ Closed-bass Tone

- gunakan tapak tangan
- pukul bahagian A secara melekap

§ Hill Tone

- gunakan “ hill”
- pukul diantara bahagian A dan B

§ Finger Tone

- gunakan hujung jari
- pukul bahagian A

§ Slap Tone

- bentuk tangan seperti hendak menceduk air.
- Pukul diantara bahagian A dan B
- Dan angkat ia serta merta

§ Closed Slap Tone

- bentukkan tangan seperti hendak menceduk air
- pukul di antara bahagian A dan B secara melekap





* Secara mudahnya, bahagian A adalah bahagian tengah alat perkusi yang diketuk, seperti contoh bahagian tengah congga, dan bahagian B pula adalah bahagian tepi alat perkusi yg diketuk, seperti contoh bahagian tepi yankee....selalunya bahagian A amat popular untuk bunyi Bass dan bahagian B lebih sinonim untuk Open Tone....

RENTAK-RENTAK / PATTERN ASAS

A. Calypso
B. Afuche
C. Tumbao
D. Inang
E. Guaguanco
F. Afro 6/8
G. Masri
H. Mozambique
I. Samba
J. Joget



Andai terdapat sebarang kesalahan, harap dapatlah diperbetulkan, andai terdapat sebarang kekurangan, harap dapatlah ditambah, demi kebaikan bersama...Harapan saya agar ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama ke arah mempertingkatkan lagi kemahiran dalam memainkan alat-alat perkusi...Sekarang ini, rentak perkusi juga boleh mempengaruhi markah pasukan untuk Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM..



Sekian dahulu coretan ikhlas daripada saya, Naim USIM,....

2 ulasan:

ferdowzruqman berkata...

salam alaykum ustaz shamz.

terima kasih atas perkongsian ilmu yg menarik ni.
segala jenis nama perkusi yg saya x pnh dgr selama ni timbul dlm artikel nih:)

setakat apa yg saya tahu, djembe adalah original alat perkusi daripada afrika, bukan alat perkusi fusion afro-carribean yg timbul selepas kedatangan orang2 afrika ke carribean. djembe telah digunakan beribu2 tahun di afrika sebagai alat muzik kebudayaan dan ritual keagamaan. namun dgn kedatangan islam, djembe disesuaikan untuk digunakan sebagai salah satu tool dakwah dalam nasyid bagi menarik minat mereka untuk lebih mendekati islam.

udu drum pula adalah sejenis perkusi yg diperbuat drpd tanah liat yg kelihatan seperti balang air/labu sayong dan kadang2 kelihatan juga seperti pasu/vase. kalau nk tengok gambarnya dan cara penggunaannya, google saja di internet. dalam konteks pertandingan nasyid sekolah, rasanya belum ada lagi sekolah yg gunakan udu drum ni. malah, rasanya udu drum ni x boleh dimainkan dalam festival nasyid sekolah kerana x dilistkan di dalam senarai alat yg boleh dimainkan. namun bagi saya, amat menarik jika kreativiti nasyid sekolah ditingkatkan lagi dgn penggunaan alat nih. secara peribadi, saya mmg tidak bersetuju kpm merestrictkan jenis alat perkusi yg boleh dimainkan dalam festival nasyid kerana ia menghalang perkembangan kreativiti para penasyid sekaligus memberi kesan pada potensi estetika nasyid yg mampu ditonjolkan oleh kumpulan2 nasyid sekarang yg semakin improve dari tahun ke tahun.

sekadar luahan pendapat dari saya sebagai perkongsian ilmu. moga2 ilmu yg ada dapat dimanfaatkan bersama. insya allah...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

yanmaneee berkata...

golden goose
golden goose outlet
michael kors
michael kors outlet
birkin bag
yeezy boost 500
supreme clothing
nfl jerseys
moncler jackets
kd 12 shoes